Tuesday, 22 September 2015

Saham Pilihan 23 September - IFCAMSC, FLBHD, DESTINI, ESCERAM

iSaham updated untuk 23 September. Antara yang muncul di ranking atas iSaham: IFCAMSC, FLBHD, DESTINI, ESCERAM.
Kesemua saham ini nampak nak rally semalam tapi keadaan market yang masih menjadi tanda tanya menyebabkan rally disusuli dengan take profit.
Sekiranya market membawa mood baik, maka saham-saham ini akan meneruskan rally dan banyak lagi saham lain akan meletup dalam masa yang sama.

IFCAMSC
IFCAMSC dikatakan stock of the year kerana ramai yang membuat duit yang amat banyak dari saham ini. Saham naik dari harga sen2 sehingga rm1.85. Namun, saham ini telah terjun dengan pantas ke 46 sen walaupun saham ini sentiasa dalam fundamental yang baik. Saham ini masih berpotensi untuk naik kerana keadaan fundamentalnya. Volume yang lebih besar dari biasa masuk semalam. Namun, saham ini sentiasa perlu diletakkan dalam kategori berhati-hati kerana rekod junamannya.


DESTINI
DESTINI pula dikatakan sebagai mini GLC dan boleh benefit dari ValueCap 20 billion yang baru diumumkan. Setakat ini fundamental bertambah baik setiap quarter.

FLBHD
FLBHD atau Focus Lumber Berhad baru sahaja membuat harga all-time high rm1.81 dengan high volume. Namun seperti diterangkan diatas, sentimen market menyebabkan rally diteruskan dengan aktiviti take profit. Kalau dibandingkan EVERGRN yang juga harganya naik dalam keadaan mencanak, FLBHD mempunyai potensi yang tinggi untuk naik lebih jauh dari sekarang.

ESCERAM
ESCERAM dilihat sebagai penny stock yang dari segi fundamental naik secara konsisten dan baik. Syarikat seperti ini perlu sentiasa dikaji prospeknya kerana mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk menjadi syarikat besar dan menyebabkan harga saham naik ke rm1 kemudian pergi jauh. 

No comments:

Post a comment