Tuesday, 15 March 2016

KPSCB - Saham Didagangkan Di Bawah PE 3?



Kami membuat kajian ke atas saham KPSCB kerana sudah lama berada dalam senarai saham kukuh fundamental dan teknikal iSaham. Saham ini menjadi fokus iSaham sejak berharga 43 sen lagi dan kami highlightkan dalam group sebagai penny stock pilihan kami.

Selepas quarter report terkini diumumkan beberapa minggu lepas, saham KPSCB kini didagangkan pada PE ratio 3, satu nilai yang sangat rendah dan menunjukkan saham ini berada pada paras undervalued. Antara sebab lain juga ialah, quarter yang sama tahun sebelumnya, KPSCB membuat loss dan menyebabkan PE ratio naik sedikit dan tidak dapat dikesan 'undervalue'-nya.


Adakah keuntungan KPSCB sustainable dan akan berterusan? Syarikat tidak bayar dividen (Mungkin sebab ini masih kurang minat pelabur dan harga saham tak naik seperti saham dividen lain), Net Tangible Asset per Share 1.58 (double harga saham sekarang), Cash Ratio > 2.0 (positif), ROE 14% (kena up sikit lagi). Berdasarkan kajian semasa, kita masih memerlukan lebih info atau insider news sebelum membuat saranan selanjutnya.

Akan tetapi, pada pengamatan kami, kami melihat transaksi director / ceo KPSCB boleh difollow berdasarkan pergerakan harga yang kami nilai sebelum ini. Kami juga melihat produk yang dijalankan anak syarikat KPSCB merupakan produk-produk yang sentiasa mempunyai demand yang baik dan sebahagiannya recession proof.



Daripada sudut teknikal, saham short-term, mid-term dan long-term uptrend. Baru sahaja membuat 18-months high dan harga sekarang sedang dalam retracement (esok T+4 maka kena perhatikan dengan lebih rapat, harga 61 sen merupakan harga yang sesuai). Kebarangkalian besar akan test major resistance pada 65 sen.

iSaham Score untuk KPSCB ialah 26.0, iaitu 43% lebih daripada safe entry score iSaham.

No comments:

Post a comment